INGIN PULANG






Salam sejahtera, untuk memulakan ruangan hari yang mulia ini, terdetik dihati saya ingin menceritakan kisah ragam hidup sebagai kakitangan awam yang ingin berkongsi bersama buat rakan-rakan mengenai pengalaman hidup dalam menjalankan tugas demi negara tercinta.


Sudah lama tidak saya keudara dalam ruangan ini, disebabkan tugas yang sibut, tidak mengizinkan saya mencoretkan alkisah kehidupan yang serba mencabar ini.

Apa yang ingin saya berkongsi bersama ialah rasa sedih sebagai seorang kakitangan bawahan yang sentiasa ditindas dan tidak mempunyai ruang untuk membela diri, bagi selaku seorang insan yang mempunyai perasaan. Selaku sebagai perkerja kita mempunyai perasaan untuk dihargai sedikit sebanyak menaikkan motivasi dalam menjalankan tugas, lebih-lebih lagi kalau kita bercakap mengenai transformasi, seharusnya kita perlu berubah dari tahap lama ke tahap baru. Saya merasa sedih dengan situasi ditempat kerja, tiada rasa keseronokkan berkerja, apatah lagi ketua jabatan yang hanya setakat menanguk di air yang keroh, sama ada perkerjanya melakukan tugas mahupun tidak, walaupun sudah berkhidmat selama 10 tahun apakah keperhatian sebagai kebajikan perkerja hanya dipandang ringan oleh sesetengah ketua jabatan, bagi mereka yang penting kerja siap dibuat, namun motivasi perkerja tidak diendahkan, akibat daripada pentindihan bebanan tugas yang banyak.

Sebaik-baiknya selaku sebagai ketua jabatan, perlulah melihat segala faktor dalam keadaan yang terbuka, terhadap perkerjanya, disini sebenarnya ingin saya menyentuh kenapa tidak banyak jabatan yang membuat audit komunikasi di jabatan masing-masing, dari aspek kepentingan imej dan reputasi sesebuah organisasi. Perkara ini penting, kerana tidak ada pihak yang menyalah gunakan kuasa demi kepentingan peribadi. Audit komunikasi penting demi mengukur keupayaan seseorang perkerja dalam kemahiran, dalam maklumat, dan tugas, dan bukannya hanya menunding jari kepada orang lain, untuk menyelamatkan diri sendiri, saya tidak faham kenapa kalau ada aduan yang berkenaan dengan tugasan, atau ingin meminta khidmat nasihat terutama kepada ibu pejabat di anggap memalukan jabatan, adakah tidak boleh kami menggadu tentang kekusutan sesuatu perkara dapat dijelaskan dengan baik untuk pengetahuan dan panduan untuk sesuatu tugas, agar perkerja itu tidaklah tertindas oleh salah laku oleh pihak cawangan.

Saya benar-benar sedih apabila pada asalnya hanya ingin meminta khidmat nasihat, tapi telah disalah tafsir bagaikan menikam dari belakang. Apakah yang patut dilakukan hanya menerima saja arahan yang tidak berasas semata-mata menjaga nama baik pihak cawangan. Pembelaan bagi orang bawahan selalunya tidak dipandang. Inilah dilema yang saya hadapi, Oleh itu bagaimanakah selaku penjawat awam itu boleh mendapat pembelaan, dalam menangani emosi, dan perasaan sekiranya dianggap sedemikian, walhal niat yang asalnya tidaklah seteruk mana.

Audit komunikasi amat penting dalam perhubungan awam, kerana jika perkerjanya merasa selesa dengan tugas dan motivasi yang cukup, sudah tentulah organisasinya juga dipandang baik.
Saya tidak menyalahi mana-mana pihak, namun perlu dibuat dianogsis apakah sesuatu perkara itu berlaku, dan bagaimana untuk mengatasinya dan memperbaikinya. Barulah ia dapat menghasilkan kualiti yang baik. Setakat di sini saja dahulu saya sudahi. Moga-moga saya dapat balik ke kampung halaman dengan segera. Hidup diperantauan bukanlah seseronok mana, ibarat hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

KENANGAN KETIKA MELAWAT DI TENOM













Salam satu Malaysia buat semua, selamat tahun baru, dan semoga dengan kehadiran tahun baru 2010 akan memeriahkan lagi azam dan paradigma yang berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terpanggil saya untuk mencoretkan kenangan ini memandangkan rakan-rakan yang dikenali sudah jarang berjumpa. Rindu apabila mengenangkan saat manis ketika saya dan teman-teman masih berada di Semester 1 dalam jurusan komunikasi. Kalau boleh dimbaskan kembali rasa ingin diulang saat-saat indah di Sabah. Namun walaupun saban hari tahun berubah masa setiap penemuan itu pasti ada perpisahan. Saya harap kenangan ini tidak akan dilupai dalam memori ingatan ini. Buat teman-teman yang dikenali, kalau sudi hubungilah saya dan saya mendoakan kalian berada didalam keaadaan sihat selalu, berjaya didunia dan diakhirat. Insyaalah.

KG.TINANGGOL KUDAT SABAH



ASAL-USUL KAMPUNG TINANGGOL

Menurut cerita dari orang tua-tua, kampung Tinanggol telah diasaskan oleh Aki Mogilin. Pada peringkat awal hanya terdapat lebih kurang 20 keluarga yang mula manetap di kampung ini. Pada masa kini jumlah penuduk di kampung ini sudah mencecah lebih 100 penduduk. kebanyakan penduduk masih tinggal di rumah panjang sungghpun begitu, sudah terdapat keluarga yang tinggal di rumah sendiri yang terpisah antara satu dengan yang lain.

Kampung Tinanggol adalah daripada gabungan dua kawasan pertempatan. Yang pertama di namakan Tinanggol Langkabang. Kedua, Tinanggol Kandang. Dalam bahasa runggus ’kandang’ bermaksud pagar. Pagar di bina mengelilingi kampung bagi tujuan melindungi haiwan ternakan seperti kerbau. Sungguhpun begitu pagar turut berfungsi untuk melindungi kampung daripada ancaman binatang dan musuh dari luar.

Masyarakat Rungus di kampung Tinanggol di Kudat terkenal dengan pembuatan Manik. Kegiatan membuat manik dilakukan di rumah panjang kediaman mereka. Manik sebenarnya adalah lebih tua usianya daripada zaman tamadun manusia dan manik-manik yang paling awal dahulu telah diperbuat daripada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali.

Manik mempunyai pelbagai bentuk dan warna. Bahagian hujung manik selalunya berbentuk rata. Lubang diperbuat mengikut saiz benang yang hendak digunakan. Benang yang digunakan biasanya diperbuat daripada serat gentian daun nenas atau serat gentian lain yang tahan. Manik jenis ini selalunya berbentuk runcing di hujung dan kembung di bahagian tengahnya. Tetapi ada juga yang berbentuk sekata dengan alur-alur lekuk yang sejajar.

Manik kaca jenis tersebut selalu digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan. Manakala manik-manik yang lebih kecil dan berharga pula dijadikan rantai tangan. Ada juga manik yang hanya dipakai oleh isteri para pembesar seperti isteri tuai. Biasanya manik tersebut dijadikan rantai tangan, rantai leher dan hiasan jaket atau gaun. Manik-manik daripada permata merah pula selalu dikarang menjadi hiasan kepala.

Sejak zaman berzaman manik menjadi simbol tradisi bagi menunjukan kemewahan dan kedudukan seseorang. Tidak hairanlah jika manik menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak perempuan. Manik juga pernah digunakan sebagai mata wang, hantaran perkahwinan, perhiasan diri dan barang-barang yang digunakan untuk tujuan pengebumian. Di samping itu manik juga boleh digubah menjadi pengendong bayi atau ba, beg tangan, alas tempat duduk,topi dan perhiasan-perhiasan lain.

GUBAHAN MANIK PINAKOL

Gubahan manik pinakol sinonim dengan masyarakat Rungus di Kampung Tinangol,Kudat. Tidak ramai yang mahir untuk menghasilkan gubahan manik Pinakol ini. Disebalik gubahan manik Pinakol ini, tersembunyi makna yang tidak diketahui oleh masyarakat yang tidak mengkajinya. Gubahan manik Pinakol ini adalah amat bernilai bagi suku kaum Rungus di Daerah Kudat Khususnya kaum wanita.

Suku kaum Rungus di Daerah Kudat telah lama menggunakan gubahan manik Pinakol ini. Hal ini kerana, gubahan manik Pinakol ini wajib digunakan sebagai perhiasan pelengkap semasa majlis perkahwinan suku kaum Rungus dalam pakaian tradisi mereka. Oleh yang demikian, tidak hairanlah gubahan manik Pinakol menjadi simbolik bagi masyarakat Rungus di Daerah Kudat.

Selain itu, gubahan manik Pinakol merupakan warisan turun temurun masyarakat Rungus iaitu seorang ibu akan mewariskan gubahan manik Pinakol kepada anak perempuannya setelah beliau tiada kelak. Gubahan manik pinakol ini turut dipakai dalam kalangan keluarga apabila berlakunya kematian ahli keluarga setelah majlis pengebumian selesai bagi menandakan bahawa si mati telah selamat dikebumikan.

Namun begitu, kemodenan pada masa kini telah menjadikan gubahan manik pinakol ini telah di pasarkan untuk menambahkan pendapatan. Harga bagi gubahan manik pinakol dianggarkan kira-kira RM140 sepasang. Tempoh masa untuk menyiapkan sepasang gubahan manik pinakol memerlukan masa sepanjang dua minggu.Motif-motif yang terdapat dalam gubahan manik pinakol ini adalah berunsurkan semangat alam.


MOTIF-MOTIF YANG TERDAPAT PADA GUBAHAN MANIK PINAKOL

Tinongulun
Sinikuran
Inompiling
Ginaravog
Vinusak
Tinugarang
Sinusuk rabung
Kinaro-Karo

BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan asas yang digunakan oleh masyarakat Rungus untuk membuat Gubahan manik Pinakol ialah:

1.Pensel
2.Benang
3.Gunting
4.Manik-manik
5.Lilin daripada madu
6.Tempat anyanman manik
7.Tali pengukur

PRODUK LAIN BERASASKAN MANIK
1. Sulau
2. Sisingal
3. Snagkil
4. Sandang
5. Tali Pinggang dari Tigiu
6. Rampai
7. Gelang tangan siput
8. Gelang tangan Tigiu
9. Keychain
10. Sarung Pen/Pensel
11. Gelang tangan manik Sabah
12. Cincin manik

Proses mengubah manik

Proses pembuatan sepasang pinakol memerlukan teknik dan kepakaran. Selain itu, kesabaran dan ketelitian juga pentig dalam membuat sepasang pinakol. Manik bersaiz kecil digunakan dalam membuat pinakol untuk mendapatkan saiz atau lebar sebuah pinakol yang dikehendaki. Sungguhpun begitu tidak semua manik yang ada di pasasaran sesuai digunakan dalam pembuatan pinakol. Manik yang berwarnah cerah atau lutsinar dan berkilau tidak sesuai digunakan. Selain mengubah nilai budaya penggunaan manik jenis ini turut menghakis nilai seni dan budaya masyarakat. Sesorang pembuat pinakol haruslah berseni untuk memilih kombinasi warna yang sesuai. Dalam pinakol sekurang-kurangnya memerlukan kombinasi beberapa warna manik antaranya: Kepakaran sesorag pembuat pinakol dapat dinilai melalui penggunaan warna manik yang sedikit. Sekurang-kuranngnya 6 warna sahaja. Kombinasi warna yang selalu digunakan antaranya: biru, merah, kuning, hijau, putih dan hitam. Teknik ini mempengaruhi keunikan dan kecantikan sesebuah pinakol. Penggunaan satu warna manik yang dominen dalam sebuah pinakaol turut mempengaruhi pinakol. Misalnya penggunaan warna hijau yang berlebihan akan menyebabkan pinakol yang dihasilkan akan menjadi pucat seterusnya menjadikan pinakol tersebut tidak menarik. Teknik lain yang perlu di patuhi ialah sesorang pengubah manik haruslah menggunakan warna manik yang sesuai. Misalnya warna biru dan hitam tidak sesuai diletakkan berhampiran begitu juga dengan warna putih dan kuning. Penggunan warna ini akan mengurangkan keharmonian warna tambahan pula apabila dilihat pada waktu malam kedua-dua warna ini seolah-olah sama. Justru itu, menjejaskan corak yang terdapat pada pinakol.

Dalam proses pembuatan pinakol, terdapat 30 atau 31 utas benang yang dipotong 1 depa setengah setiap satu. Kemudian benang tersebut akan di ikat pada sebatang kayu bersaiz kecil dan dilulur dengan lilin yang diperbuat daripada sarang madu lebah. Tujuannya untuk menguatkan steruktur benang, memudahkan proses menyimbat manik ke dalam benang seterusnya mengelakkan benag daripada putus. Selepas proses ini barulah sebuah pinakol mula dibuat. Teknik menyimbat manik memerlukan teknik yang tersendiri. Pada bari pertama setiap benag akan di simbat sebutir manik. Pada bari seterusnya benang tadi akan di belah dan setiap belahan akan di simbat sebutir manik dan proses ini akan berulang-ulang.


Selain warna keunikan sepasang pinakol bergantung kepada corak atau motif yang ditunjukkan. Biasanya motif-motif yang diggunakan adalah di ihamkan daripada persekitaran. Biasanya motif ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran tempat tinggal kaum rungus. Sebelim masyarakat ini mengalami asimilasi budaya dan pembangunan kaum rungus menatap di lereng-lereng bukit yang berdekatan dengan sumber air seperti alur dan sungai. Motif dalam pinakol adalah terjemahan daripada keadaan sekitar tempat tinggal mereka dan apa sahaja sumber alam di sekitar mereka. Misalnya seperti binatang liar, serangga, burung, tumbuh-tumbuhan dan masyarakat mereka sendiri.
Dari segi corak setiap pinakol mempunyai urutan motif yang sama. Sekiranya terdapat perbezaan dari segi urutan motif tetapi ianya tidak jauh berbeza daripada urutan corak pinakol yang lain. Corak ini di susu dari atas ke bawah. Corak yang paling atas dikenali sebagai tinongulun. Dalam bahasa rungus ulun atau tulun bermaksud orang. Selain itu, corak ini turut dikaitkan dengan nama seorang lelaki rungus yang dikenali sebagai tinongulung. Oleh itu, motif ini di ilhamkan daripada bentuk tubuh manusia. Biasanya warna putih diggunakan untuk membentuk tubuh manusia. Di bahagian pinggang terdapat jaluran warna yang membentuk seakan-akan tali pinggang. Konsep ini sesuai dengan pakaian tradisi lelaki rungus yang mempunyai tali pinggang kain yang mempunyai jaluran warna merah kuning dan hijau yang lebar dan memanjang. Dari segi konsep alam, orang adalah makhluk yang paling berkuasa di atas alam. Konsep ini diterjemahkan dalam pinakol. Tinongulung yang melambangkan manusia di jadikan corak pembukaan. Secara tiorinya manusia lebih berkuasa berbanding dengan unsur alam yang lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Motif yang kedua dikenali sebagai sinikuvan. Motif ini berfungsi sebagai perantara atau penghubung motif pertama dengan yang seterusnya. Sekiraya diteliti dengan lebih terperinci motif berbentuk huruf x ini disimbat secara bersilang membentuk motif pangkah dan terdapat 34 manik yang sama diggunakan untuk menghasilkan jaluran merah yang membentuk pangkah yang menjadi pusat kepada corak ini. Untuk mengangkat corak ini agar lebih menarik manik berwarna kuning diggunakan di simbat membentuk huruf v yang terdapt di bawah dan atas corak ini. Manakala di bahagian tepi warna biru muda diggunakan menggunakan konsep yang sama. Selain itu, motif sisipan yang terdapat dalam corak ini adalah berbetuk ikan. Ia dibentuk menggunakan warna hitam dan di bahagian dalam warna oren diggunakan membentuk dimond.
Menurut puan kuliis binti korongkom, motif yang paling menarik dalam sebuah pinakol ialah motif vinusak. Menurutnya lagi motif ini di adaptasi daripada bunga-bungaan yang ada tambahan pula vusak membawa maksud bunga. Tidak hairanlah motif ini mempunyai warna yang pelbagai untuk mengangkat motif bungga yang cuba ditumbulkan. Warna hitam yang lebih menonjol telah diggunakan yang berfungsi sebagai bingkai kepada corak-corak yang dihasilkan. Sekiranya diteliti dengan baik vinusak adalah kombinasi daripada unsur hidupan dan tumbuh-tumbuhan. Di bahagian bawah vinusak jelas membentuk corak ikan. Untuk menambah seri corak ini turut dilengkapi dengan warna oren dan biru.
Inompiling merupakan antara corak lain yang turut terdapat dalam pinakol. Inompiling merupakan gambaran sekor binatang yang tinggal di dalam sungai yang menjadi ancaman kepada kaum ini pada satu ketika dahulu. Binatang ini akan mengigit tangan atau anggota badan yang lain sekiranya masuk ke dalam sungai. Menurut cerita orang tua-tua haiwan ini sudah jarang kelihatan dan sukar ditemui di kawasan perkampungan orang rungus kerana pada masa dahulu haiwan ini telah mati diracuni kerana mengugat nyawa manusia. Mengikut analisa haiwan yang dimaksudkan ialah seekor buaya sungai. Dalam motif inompiling dapat dilihat haiwan tersebut mempunyai sepasang tangan dan kaki. Yang jelas bilangan jari kaki dan tangan hanyalah empat jari sahaja. Selain itu, ekor binatang ini lebih panjang dan berbonggol-bonggol seakan-akan duri dan hujungnya berbentuk tirus. Sehingga kini belum ada kepastian yang tepat apa sebenarnya haiwan yang dimaksudkan dalam motif ini. Namun kebanyakan masyarakat rungus percaya ia adalah seekor buaya.
Di bahagian hujung pinakol terdapat juraian manik yang disimbat dan terpisah membentuk juraian-juraian manik dan bersambung dengan hujung manik. Di peringkat ini proses menyimbat manik lebih cepat tetapi masih memerlukan kepakaran dan teknik yang tersendiri. Keadaan ini disebabkan oleh setiap jaluran manik mempunyai panjang yang berbeza dan dikenali sebagi tumanjung. Tujuannya untuk menyesuaikan bentuk badan. Dari segi motif yang digunakan berbentuk piramid atau segi tiga. Sungguhpun begitu bagi masyarakat rugus motif ini dikaitkan dengan corak rebung. Justru itu, motif ini dikenali sebagai sinusukrabung. di sinilah kombinasi warna amat dititik beratkan. Warna-warna yang seakan-akan sama tidak disimbat berdekatan misalnya warna merah dan oren, biru tua dan hitam dan putih dan kuning. Hal ini kerana pada waktu malam perbezaan antara warna tersebut tidak dapat dikenalpasti. Kekeliruan wara akan terjadi sekiranya pinakol di lihat dalam cahaya yang suram atau nyalaan kuning misalnya menggunakan lampu minyak tanah. Tidak hairan kerana kebanyakan masyarakat rungus pada ketika dahulu tinggal di kawasan pedalaman oleh itu kemudahan eletrik didak dapat disambungkan ke kawasan pertempatan Rugus. Pada masa kini penggunaan warna tidak terbatas lagi kerana kebanyakan rumah panjang masyarakat rungus sudah dilengkapi dengan eletrik namun begitu masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang masih tidak mendapatkan bekalan eletrik kerana kedudukan rumah yang jauh di pedalaman dan tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. Jelasnya pembangunan serba sedikit mempengaruhi kaedah dan teknik pembuatan sepasang pinakol.
Corak yang terakhir di panggil kinaro-karo. ’Karo’ bermaksud himpunan warna-warna gelap. Kinaro-karo merupakan motif yang paling sukar di kenalpasti dalan sepasang ponakol. Biasanya terletak di tepi bahagian atas dan bawah jutaian manik. Warna yang sering diggunakan dalam kinaro-karo ialah hitam, merah dan biru. Warna ini disimbat berulang-ulang. Sungguhpun begitu sedikit perubahan sudah mula terserlah. Warna putih, kuning dan oren sudah menjadi sebahagian daripada warna yang digunakan untuk menghasilkan kinaro-karo.

Salam Satu Malaysia buat kawan-kawan, tak lupa buat En.Suhaimi yang sekarang ini sedang mengerjakan ibadah haji, saya mendoakan semoga En.Suhaimi mendapat keberkatan dalam beribadat. Tak lupa buat sahabat-sabahat yang sedang mengulagkaji pelajaran. Saya mendoakan agar semua rakan-rakan komunikasi Sem 5 berjaya dalam mengahadapi peperiksaan yang akan menjelang tiba. Good Luch for all my friends, kuatkan semangat dan jangan putus asa.

BENGKEL PENERBITAN VIDEO FESTIVAL FILEM DAN VIDEO DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH



BENGKEL PENERBITAN VIDEO, PADA 02hb Januari 2008
DI UMS.


Salam Satu Malaysia buat teman yang mengenali diri ini, terlebih dahulu saya terpanggil untuk mengenang semula pada tahun 2008, di mana saya berminat menyertai Bengkel Penerbitan Video, semasa Festival Filem dan Video, pelajar Malaysia ke 5, yang pertama kali di adakan di Sabah. ..
Tidak sangka begitu sekejap masa berlalu, sekarang diam tak diam tahun 2009 sudah pun hampir berlalu ke penghujung tahun. Apa yang nak saya berkongsi dengan teman-teman ialah pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan ialah semasa menyertai bengkel penerbitan video yang merupakan pengalaman pertama saya untuk menjinak-jinakkan diri menyertai dalam arena dunia penyiaran.
Apa yang menarik perhatian di sini, rakan-rakan yang menyertai bengkel ini bukanlah semuanya saya kenali secara mendalam, namun keramahan dan kememesraan yang terjalin melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia hidup dengan penuh harmoni walaupun pelbagai latar belakang yang berbeza, terutamanya di Sabah Negeri Di bawah bayu. Bengkel ini lebih menekankan bagaimana sesebuah skrip itu dibuat melalui storybord, dan seterusnya dijadikan sebuah drama pendek yang dilakunlayar semula untuk disaksikan oleh audies.
Bukan senang bagi kami untuk menyiapkan bengkel yang berjalan selama beberapa hari sahaja untuk mendapatkan idea bagi melaksanakan projek tersebut, namun berkat dari bimbingan tenaga pengajar yang terdiri daripada mereka-mereka yang mahir dan profesional dari Finas sendiri apatah ditambah lagi pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam jurusan komunikasi yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar bagaimana sesebuah mesej itu hendak disampaikan lebih berkesan, membuatkan kami terkesan dan lebih bersemangat untuk meneruskan bengkel filem dan video tersebut.
Sepanjang bengkel tersebut tersentuh hati saya tentang pejuang-pejuang, karyawan-karyawan yang selama ini berjuang untuk menyampaikan hasil seni yang tidak ternilai harganya demi untuk anak bangsa. Contoh yang dapat kita lihat sendiri ialah arwah Tan Sri P.Ramlee yang begitu banyak menghasilkan idea-idea unik,bernas, jitu dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam menyampaikan mesej nilai budaya khususnya rakyat Malaysia.
Tanpa kesedaran yang ditonjolkan oleh karyawan-karyawan lama , mana mungkin generasi pada hari ini, dapat melihat apakah kisah-kisah silam yang menjadi sejarah untuk tontonan generasi pada abad ke 21 ini untuk menilai norma-norma masyarakat pada masa lampau, yang penuh dengan budi bahasa dan adat sopan yang begitu tinggi. Berbalik kepada bengkel video tersebut, saya dapat mempelajari bagaimana teknik pengembaraan sesebuah drama itu dijalankan. Sungguh menarik, dan sekiranya diberi peluang ingin saya menyertainya lagi. Namun saya amat terkilan mengenai harapan yang tidak kesampaian, apabila pensyarah yang selama ini saya sanjungi telah kembali kerahmatullah. Biarlah nama arwah menjadi rahsia buat saya simpan sampai bila-bila, beliau tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, dan sering kali memimjamkan buku beliau kepada saya, apa yang dipesan olehnya ialah jangan jemu apabila belajar, lebih-lebih lagi perkara yang baik. Sekarang saya sudah sampai ke semester ke 5, kalau di izinkan tuhan biarlah sampai ke penghujungnya. Namun apakan daya tuhan lebih menyayangi arwah. Keseluruhannya melalui ruangan ini, sebenarnya disebalik kisah ini saya ingin berkongsi pengalaman buat yang membaca blog ini, apa yang nak saya sampaikan, sekiranya ada peluang untuk melanjutkan pelajaran, ambiklah peluang ini, kerana ia merupakan ilmu yang tidak boleh dijual beli oleh sesiapa. Biarlah kita kaya dengan ilmu, berbanding kaya dengan harta tetapi tidak berilmu.





VIDEO FAVOURITE SAYERRR


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu






Salam Satu Malaysia, saya tetarik melihat atikel yang dikeluarkan oleh Dewan Masyarakat 2009, mengenai tajuk ini. Apabila kita perhatikan secara pandangan peribadi jauh muda-mudi sekarang ini menilai erti sebenar sejarah yang pada masa dulu merupakan titik bermulanya satu tamadun titik-titik sejarah yang penuh bermakna. Apa yang mengusik perasaan saya, adalah kata-kata daripada nenek saya, dia selalu menceritakan pengalaman beliau ketika zaman Jepun dan British. Berkali-kali arwah mengigatkan peristiwa yang amat menyedihkan ketika mendapatkan kemerdekaan. Persoalannya adakah semangat petrotik ini masih ada di jiwa muda-mudi pada abad ke 21 ini. Bercakap dengan bahasa Melayu banyak persepsi yang berbeza-beza oleh setiap lapisan masyarakat mengenainya. Saya sediri sebagai anak Melayu merasa tersentuh tentang kedaulatan bahasa Melayu itu sendiri. Kenapa kita hanya melihat ia kepada menjurus kepada kaum tertentu. Kenapa tidak kita melihat dari segi imej, jati diri rakyat Malaysia. Itulah yang diwawarkan oleh Perdana Menteri Kita, sebenarnya fungsi bahasa itu adalah menyatupadukan setiap kaum yang ada di Malaysia supaya dapat berkomunikasi dengan lebih mesra sebagai rakyat Malaysia. Saya begitu sedih ketika hari pertama saya mendaftar diri di IPTA, kebetulan saya ingin bertanya sesuatu perkara kepada pelajar yang sama-sama mendaftar untuk masuk ke sebuah pusat pengajian Tinggi, tetapi saya amat sedih apa yang dijawab oleh orang tersebut "sorry I cannot Speak Malay " apakah kita rasa bangga kalau rakyat Malaysia sendiri merasa malu untuk berkata-kata dalam bahasa Malaysia. Apakah hinanya bahasa itu. Sungguhpun begitu saya tertanya-tanya apakah kalau seseorang itu mahir berbahasa Inggeris ia dipandang berpelajaran. Atau orang yang berkedudukan. Walhal bahasa Melayu atau bahasa Malaysia mempunyai nilai santunya yang sama dengan bahasa lain. Contoh yang dapat saya lihat, sebelum ini saya pernah bertugas di negara Matahari Terbit "Negara Jepun " apa yang saya perhatikan di sana baik rancangan tv,radio semuanya berbahasa Jepun, tetapi rakyatnya bangga bercakap dengan bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi, tidak ada cacat dan celanya bahasa itu malah negara Jepun merupakan negara yang paling maju di Asia. Oleh itu sepatutnya kita harus menilai bukan bahasa itu, tetapi perpaduan yang ditunjukkan. Terdetik dibenak saya bukannya bahasa Asing itu tidak penting, tetapi kenapa tidak kita menjadikan bahasa Malaysia itu penting di dunia. Tidak salah kita memperjuangkan bahasa Malaysia. Itu bagi pendirian saya, tidak saya menuduh mana-mana pihak sekadar renungan, kalau kita sendiri tidak menghargai bahasa kebangsaan kita sendiri, siapalah yang akan menghargainya. Janganlah kita melihat ia kepada bangsa tertentu khususnya golongan melayu, tetapi sebagai bahasa semua kaum, negara Malaysia memang unik mempunyai berbagai kaum yang pelbagai. Kalau kita semua mempunyai budi perkerti, santun yang baik seperti di zaman Hang Tuah alangkah untungnya bumi Malaysia ini. Persoalannya janganlah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai agenda politik untuk kepentingan kepada golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan.


PELAWAT

powered by jaf
Counter by homestudycourses.net website.