Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu






Salam Satu Malaysia, saya tetarik melihat atikel yang dikeluarkan oleh Dewan Masyarakat 2009, mengenai tajuk ini. Apabila kita perhatikan secara pandangan peribadi jauh muda-mudi sekarang ini menilai erti sebenar sejarah yang pada masa dulu merupakan titik bermulanya satu tamadun titik-titik sejarah yang penuh bermakna. Apa yang mengusik perasaan saya, adalah kata-kata daripada nenek saya, dia selalu menceritakan pengalaman beliau ketika zaman Jepun dan British. Berkali-kali arwah mengigatkan peristiwa yang amat menyedihkan ketika mendapatkan kemerdekaan. Persoalannya adakah semangat petrotik ini masih ada di jiwa muda-mudi pada abad ke 21 ini. Bercakap dengan bahasa Melayu banyak persepsi yang berbeza-beza oleh setiap lapisan masyarakat mengenainya. Saya sediri sebagai anak Melayu merasa tersentuh tentang kedaulatan bahasa Melayu itu sendiri. Kenapa kita hanya melihat ia kepada menjurus kepada kaum tertentu. Kenapa tidak kita melihat dari segi imej, jati diri rakyat Malaysia. Itulah yang diwawarkan oleh Perdana Menteri Kita, sebenarnya fungsi bahasa itu adalah menyatupadukan setiap kaum yang ada di Malaysia supaya dapat berkomunikasi dengan lebih mesra sebagai rakyat Malaysia. Saya begitu sedih ketika hari pertama saya mendaftar diri di IPTA, kebetulan saya ingin bertanya sesuatu perkara kepada pelajar yang sama-sama mendaftar untuk masuk ke sebuah pusat pengajian Tinggi, tetapi saya amat sedih apa yang dijawab oleh orang tersebut "sorry I cannot Speak Malay " apakah kita rasa bangga kalau rakyat Malaysia sendiri merasa malu untuk berkata-kata dalam bahasa Malaysia. Apakah hinanya bahasa itu. Sungguhpun begitu saya tertanya-tanya apakah kalau seseorang itu mahir berbahasa Inggeris ia dipandang berpelajaran. Atau orang yang berkedudukan. Walhal bahasa Melayu atau bahasa Malaysia mempunyai nilai santunya yang sama dengan bahasa lain. Contoh yang dapat saya lihat, sebelum ini saya pernah bertugas di negara Matahari Terbit "Negara Jepun " apa yang saya perhatikan di sana baik rancangan tv,radio semuanya berbahasa Jepun, tetapi rakyatnya bangga bercakap dengan bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi, tidak ada cacat dan celanya bahasa itu malah negara Jepun merupakan negara yang paling maju di Asia. Oleh itu sepatutnya kita harus menilai bukan bahasa itu, tetapi perpaduan yang ditunjukkan. Terdetik dibenak saya bukannya bahasa Asing itu tidak penting, tetapi kenapa tidak kita menjadikan bahasa Malaysia itu penting di dunia. Tidak salah kita memperjuangkan bahasa Malaysia. Itu bagi pendirian saya, tidak saya menuduh mana-mana pihak sekadar renungan, kalau kita sendiri tidak menghargai bahasa kebangsaan kita sendiri, siapalah yang akan menghargainya. Janganlah kita melihat ia kepada bangsa tertentu khususnya golongan melayu, tetapi sebagai bahasa semua kaum, negara Malaysia memang unik mempunyai berbagai kaum yang pelbagai. Kalau kita semua mempunyai budi perkerti, santun yang baik seperti di zaman Hang Tuah alangkah untungnya bumi Malaysia ini. Persoalannya janganlah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai agenda politik untuk kepentingan kepada golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan.


Kata-kata Hikmah

Photobucket

PERBEZAAN CARIAN GOOGLE DAN CARIAN YAHOO

Apa yang saya lihat perbezaan kedua enjin carian tersebut selain daripada namanya yang berbeza adalah dari segi algoritma carian itu sendiri dimana apabila kita membuat carian yang sama di kedua-dua enjin carian tersebut, kita akan mendapat keputusan yang berbeza dari segi ranking di kedua-dua enjin carian tersebut. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai kedua-dua enjin carian tersebut layarilah blog twitter dibawah:
Yahoo twitter
Google twitter

Untuk mengetahui bagaimana enjin carian berfungsi sila kunjungi laman ini.

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."
Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

PELAWAT

powered by jaf
Counter by homestudycourses.net website.