BENGKEL PENERBITAN VIDEO FESTIVAL FILEM DAN VIDEO DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH



BENGKEL PENERBITAN VIDEO, PADA 02hb Januari 2008
DI UMS.


Salam Satu Malaysia buat teman yang mengenali diri ini, terlebih dahulu saya terpanggil untuk mengenang semula pada tahun 2008, di mana saya berminat menyertai Bengkel Penerbitan Video, semasa Festival Filem dan Video, pelajar Malaysia ke 5, yang pertama kali di adakan di Sabah. ..
Tidak sangka begitu sekejap masa berlalu, sekarang diam tak diam tahun 2009 sudah pun hampir berlalu ke penghujung tahun. Apa yang nak saya berkongsi dengan teman-teman ialah pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan ialah semasa menyertai bengkel penerbitan video yang merupakan pengalaman pertama saya untuk menjinak-jinakkan diri menyertai dalam arena dunia penyiaran.
Apa yang menarik perhatian di sini, rakan-rakan yang menyertai bengkel ini bukanlah semuanya saya kenali secara mendalam, namun keramahan dan kememesraan yang terjalin melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia hidup dengan penuh harmoni walaupun pelbagai latar belakang yang berbeza, terutamanya di Sabah Negeri Di bawah bayu. Bengkel ini lebih menekankan bagaimana sesebuah skrip itu dibuat melalui storybord, dan seterusnya dijadikan sebuah drama pendek yang dilakunlayar semula untuk disaksikan oleh audies.
Bukan senang bagi kami untuk menyiapkan bengkel yang berjalan selama beberapa hari sahaja untuk mendapatkan idea bagi melaksanakan projek tersebut, namun berkat dari bimbingan tenaga pengajar yang terdiri daripada mereka-mereka yang mahir dan profesional dari Finas sendiri apatah ditambah lagi pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam jurusan komunikasi yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar bagaimana sesebuah mesej itu hendak disampaikan lebih berkesan, membuatkan kami terkesan dan lebih bersemangat untuk meneruskan bengkel filem dan video tersebut.
Sepanjang bengkel tersebut tersentuh hati saya tentang pejuang-pejuang, karyawan-karyawan yang selama ini berjuang untuk menyampaikan hasil seni yang tidak ternilai harganya demi untuk anak bangsa. Contoh yang dapat kita lihat sendiri ialah arwah Tan Sri P.Ramlee yang begitu banyak menghasilkan idea-idea unik,bernas, jitu dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam menyampaikan mesej nilai budaya khususnya rakyat Malaysia.
Tanpa kesedaran yang ditonjolkan oleh karyawan-karyawan lama , mana mungkin generasi pada hari ini, dapat melihat apakah kisah-kisah silam yang menjadi sejarah untuk tontonan generasi pada abad ke 21 ini untuk menilai norma-norma masyarakat pada masa lampau, yang penuh dengan budi bahasa dan adat sopan yang begitu tinggi. Berbalik kepada bengkel video tersebut, saya dapat mempelajari bagaimana teknik pengembaraan sesebuah drama itu dijalankan. Sungguh menarik, dan sekiranya diberi peluang ingin saya menyertainya lagi. Namun saya amat terkilan mengenai harapan yang tidak kesampaian, apabila pensyarah yang selama ini saya sanjungi telah kembali kerahmatullah. Biarlah nama arwah menjadi rahsia buat saya simpan sampai bila-bila, beliau tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, dan sering kali memimjamkan buku beliau kepada saya, apa yang dipesan olehnya ialah jangan jemu apabila belajar, lebih-lebih lagi perkara yang baik. Sekarang saya sudah sampai ke semester ke 5, kalau di izinkan tuhan biarlah sampai ke penghujungnya. Namun apakan daya tuhan lebih menyayangi arwah. Keseluruhannya melalui ruangan ini, sebenarnya disebalik kisah ini saya ingin berkongsi pengalaman buat yang membaca blog ini, apa yang nak saya sampaikan, sekiranya ada peluang untuk melanjutkan pelajaran, ambiklah peluang ini, kerana ia merupakan ilmu yang tidak boleh dijual beli oleh sesiapa. Biarlah kita kaya dengan ilmu, berbanding kaya dengan harta tetapi tidak berilmu.





VIDEO FAVOURITE SAYERRR


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com

PELAWAT

powered by jaf
Counter by homestudycourses.net website.